Friday, October 5, 2012

Cook for my love

Assalamualaikum

Nurul ada la terfikir nak share resepi apa yang nurul masak setiap hari untuk En.Husben. At least korang yang selalu blur2 macam Nurul bila tiba time nak masak dapat jugak la idea nak masak apa. 

Nurul ni "sangat bertuah" sebab dapat suami jenis suka makan kat rumah. Setiap hari kena la masak, maka setiap hari jugak lah Nurul akan pening memikirkan apa yang nak dimasak. Dulu pernah kawan tempat kerja Nurul (kak Linda) cadangkan supaya Nurul beli buku resipi "1 Hari 1 Resepi" yang ditulis oleh Chef Hanieliza. So, Isnin lepas balik kerja terus ke Popular cari buku tu. Sekarang dah ada buku tu ditambah dengan buku yang Murni hadiahkan (300 Menu Ramadan & Syawal), takda alasan lagi nak cakap tak tahu nak masak apa. 

Ni lah buku resipi yang Nurul beli.

dan ni pulak buku yang murni hadiahkan...

maka, hasilnya...hehe

Ayam Masak Halia

Daging Goreng Cili Padi
Resepi asal guna daging kambing, Nurul tukar guna daging lembu. Oleh kerana kami ni tak tahan pedas, Nurul guna cili besar hijau dan merah menggantikan cili padi.


 Lala Goreng

 Kerutuk Ayam


Tapi yang sedihnya, setiap kali tanya En.Husben berapa markah dia boleh bagi (skala 0 hingga 10) tak pernah dapat 5 markah ke atas. Untuk sedapkan hati kita, dia kata tak boleh bagi banyak2, nanti malas masak. Markah sikit la lagi malas nak masak...:(

Ni lah juri tetap masakan Nurul, En.Husben yang dikasihi. 
Dah promote picture dalam blog ni harap2 dapat markah lebih la pasni...hehe