Saturday, December 1, 2012

The Bitter Truth



by Taylor Hamilton

You say one thing
Yet you mean another
You try to be up front
While hiding beneath a cover

Why are you so selfish?
And why so ignorant?
What exactly does love mean to you
Or should I say, meant?

I've never known someone so fake
Someone who can't speak the truth
Someone so terribly insecure
Someone so cruel, someone like you

Why did you have to be like this
You started off quite fine
You would always say how much you care
I guess that was just another "line"

I just sit around and remember
Of how much I used to enjoy your name
And how I so dearly loved
To play your little game

But now finally I know
That you aren't at all what I thought
And its a damn shame too,
Because I really liked you a lot

Sunday, November 25, 2012

WEEKEND AT MUZEUM NEGARA


   Macam biasa, bila hari minggu tiba hati rasa berbunga je. Apa tak nye, ni lah time nak keluar jalan-jalan. Lagi-lagi time cuti sekolah ni, macam nak pacah kepala duk rumah. Tetiba rasa tak sabar nak masuk keje balik. 
   
   Minggu ni kami melawat muzium negara pulak.haha.. Macam lawatan zaman sekolah dulu-dulu lak. Niat asal nak lihat pameran Magis Perubatan Tradisional. Rupanya pameran tu dah tamat pada 1 November lepas. SO, terlepas la kami.. Alang-alang dah sampai kami masuk je lah, lagi pun en.husben tak pernah datang ke muzium ni walau dah berbelas tahun duk KL. 

    Muzium Negara ni terletak di Jalan Damansara, KL. Bayaran masuk murah sangat-sangat. Hanya RM2 untuk dewasa dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun. Kalau bawah 12 tahun tu kira percumalah. So, kami 2 orang dewasa + bayar parking RM3, total RM7 sahaja untuk lawatan ni. Sangat-sangat menjimatkan..:)

   Muzium ni terbahagi kepada 4 galeri utama; Galeri A: Sejarah Awal, Galeri B: Kerajaan-kerajaan Melayu, Galeri C: Era Kolonial dan Galeri D: Malaysia Kini. Tapi buat masa ni, Galeri D ditutup untuk naik taraf.

Kat sini ada la sikit gambar bahan pameran dalam muzium tu. Snap guna handphone je..Kami tak ada kamera pun..
  
Artifak zaman Pra Sejarah.







Batu Pedang Megalit berpahat "Allah" yang dijumpai di Pengkalan Kempas Negeri Sembilan.

Pengebumian Tempayan.



Kain Cindai yang dinyanyikan Dato Siti Nurhaliza

Al-Quran tulisan tangan berasal dari Nusantara


1. Bekas menghidu minyak wangi
2. Celepa

Basikal tentera jepun. Tahun 1941

Matawang Timah: Bentuk binatang - ikan dan belalang

Matawang Timah: Tampang bentuk alas tiang.
Bayangkan orang dulu-dulu gi pasar bawak duit macam ni.


Senapang "Matchlock".
Digunakan oleh orang Bugis untuk mempertahankan diri daripada ancaman penentangan masyarakat tempatan.

    

Thursday, November 22, 2012

RENUNGAN...


JANGAN BERSEDIH...


Jangan bersedih bila orang lain tidak memahami anda...
Tapi bersedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan bersedih bila orang lain tidak mempercayai anda...
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan bersedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda...
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan bersedih bila orang lain tidak menghargai anda...
Tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan bersedih bila orang lain menghina anda...
Tapi sedihlah kerana anda membuat hina pada diri sendiri.

Jangan bersedih bila orang lain memaki anda...
Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan bersedih kerana anda selalu jatuh...
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu bangkit kembali.

Jangan bersedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir...
Tapi sedihlah kerana anda tidak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH...
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.

La Tahzan...


10 PERKARA MEMERANJATKAN DALAM PERKAHWINAN

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa
7. Anda tidak semestinya bersetuju dalam semua perkara

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia

9. Hubungan seks ada turun naiknya

10. Perasaan ego yang berlebihan adalah amat berbahaya

I CARRY YOUR HEART WITH ME



I CARRY YOUR HEART WITH ME (I CARRY IT IN MY HEART)
I AM NEVER WITHOUT IT (ANYWHERE I GO YOU GO, MY DEAR: 
AND WHATEVER IS DONE BY ONLY ME IS YOUR DOING, MY DARLING)

I FEAR NO FATE (FOR YOU ARE MY FATE, MY SWEET)
I WANT NO WORLD (FOR BEAUTIFUL YOU ARE MY WORLD, MY TRUE)
AND IT'S YOU ARE WHATEVER A MOON HAS ALWAYS MEANT 
AND WHATEVER A SUN WILL ALWAYS SING IS YOU

HERE IS THE DEEPEST SECRET NOBODY KNOWS 
(HERE IS THE ROOT OF THE ROOT 
AND THE BUD OF THE BUD 
AND A SKY OF THE SKY OF A TREE CALLED LIFE: 
WHICH GROWS HIGHER THAN SOUL CAN HOPE OR MIND CAN HIDE)
AND THIS IS THE WONDER THAT'S KEEPING THE STARS APART

I CARRY YOUR HEART
(I CARRY IT IN MY HEART)

BY: E.E. CUMMINGS

Wednesday, November 21, 2012

RAHSIA WANITA


  1. Wanita sukar untuk cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang. Sebab itu ramai wanita patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan.
  2. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintai sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!!
  3. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan diri mereka sepenuh hati.
  4. Senjata wanita adalah air mata.
  5. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.
  6. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya membuat kejutan (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.

Sunday, November 18, 2012

Friday, October 5, 2012

Cook for my love

Assalamualaikum

Nurul ada la terfikir nak share resepi apa yang nurul masak setiap hari untuk En.Husben. At least korang yang selalu blur2 macam Nurul bila tiba time nak masak dapat jugak la idea nak masak apa. 

Nurul ni "sangat bertuah" sebab dapat suami jenis suka makan kat rumah. Setiap hari kena la masak, maka setiap hari jugak lah Nurul akan pening memikirkan apa yang nak dimasak. Dulu pernah kawan tempat kerja Nurul (kak Linda) cadangkan supaya Nurul beli buku resipi "1 Hari 1 Resepi" yang ditulis oleh Chef Hanieliza. So, Isnin lepas balik kerja terus ke Popular cari buku tu. Sekarang dah ada buku tu ditambah dengan buku yang Murni hadiahkan (300 Menu Ramadan & Syawal), takda alasan lagi nak cakap tak tahu nak masak apa. 

Ni lah buku resipi yang Nurul beli.

dan ni pulak buku yang murni hadiahkan...

maka, hasilnya...hehe

Ayam Masak Halia

Daging Goreng Cili Padi
Resepi asal guna daging kambing, Nurul tukar guna daging lembu. Oleh kerana kami ni tak tahan pedas, Nurul guna cili besar hijau dan merah menggantikan cili padi.


 Lala Goreng

 Kerutuk Ayam


Tapi yang sedihnya, setiap kali tanya En.Husben berapa markah dia boleh bagi (skala 0 hingga 10) tak pernah dapat 5 markah ke atas. Untuk sedapkan hati kita, dia kata tak boleh bagi banyak2, nanti malas masak. Markah sikit la lagi malas nak masak...:(

Ni lah juri tetap masakan Nurul, En.Husben yang dikasihi. 
Dah promote picture dalam blog ni harap2 dapat markah lebih la pasni...hehe