Sunday, November 25, 2012

WEEKEND AT MUZEUM NEGARA


   Macam biasa, bila hari minggu tiba hati rasa berbunga je. Apa tak nye, ni lah time nak keluar jalan-jalan. Lagi-lagi time cuti sekolah ni, macam nak pacah kepala duk rumah. Tetiba rasa tak sabar nak masuk keje balik. 
   
   Minggu ni kami melawat muzium negara pulak.haha.. Macam lawatan zaman sekolah dulu-dulu lak. Niat asal nak lihat pameran Magis Perubatan Tradisional. Rupanya pameran tu dah tamat pada 1 November lepas. SO, terlepas la kami.. Alang-alang dah sampai kami masuk je lah, lagi pun en.husben tak pernah datang ke muzium ni walau dah berbelas tahun duk KL. 

    Muzium Negara ni terletak di Jalan Damansara, KL. Bayaran masuk murah sangat-sangat. Hanya RM2 untuk dewasa dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun. Kalau bawah 12 tahun tu kira percumalah. So, kami 2 orang dewasa + bayar parking RM3, total RM7 sahaja untuk lawatan ni. Sangat-sangat menjimatkan..:)

   Muzium ni terbahagi kepada 4 galeri utama; Galeri A: Sejarah Awal, Galeri B: Kerajaan-kerajaan Melayu, Galeri C: Era Kolonial dan Galeri D: Malaysia Kini. Tapi buat masa ni, Galeri D ditutup untuk naik taraf.

Kat sini ada la sikit gambar bahan pameran dalam muzium tu. Snap guna handphone je..Kami tak ada kamera pun..
  
Artifak zaman Pra Sejarah.







Batu Pedang Megalit berpahat "Allah" yang dijumpai di Pengkalan Kempas Negeri Sembilan.

Pengebumian Tempayan.



Kain Cindai yang dinyanyikan Dato Siti Nurhaliza

Al-Quran tulisan tangan berasal dari Nusantara


1. Bekas menghidu minyak wangi
2. Celepa

Basikal tentera jepun. Tahun 1941

Matawang Timah: Bentuk binatang - ikan dan belalang

Matawang Timah: Tampang bentuk alas tiang.
Bayangkan orang dulu-dulu gi pasar bawak duit macam ni.


Senapang "Matchlock".
Digunakan oleh orang Bugis untuk mempertahankan diri daripada ancaman penentangan masyarakat tempatan.

    

No comments:

Post a Comment