Thursday, November 22, 2012

JANGAN BERSEDIH...


Jangan bersedih bila orang lain tidak memahami anda...
Tapi bersedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan bersedih bila orang lain tidak mempercayai anda...
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan bersedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda...
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan bersedih bila orang lain tidak menghargai anda...
Tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan bersedih bila orang lain menghina anda...
Tapi sedihlah kerana anda membuat hina pada diri sendiri.

Jangan bersedih bila orang lain memaki anda...
Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan bersedih kerana anda selalu jatuh...
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu bangkit kembali.

Jangan bersedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir...
Tapi sedihlah kerana anda tidak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH...
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.

La Tahzan...


No comments:

Post a Comment